Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah


Ciri-ciri Tanpa Wajah:

1.       Wajah manusia tidak perlu dalam video.
Setiap video yang dirakam tidak perlu memaparkan wajah. Contohnya, video diambil dari bahagian belakang atau sebagainya.

2.       Fokus pada satu objek/bahagian/ benda.
Rakaman video tersebut perlu memfokuskan kepada satu objek/ bahagian atau benda sahaja. Contohnya, bahagian kaki.

3.       Perlu ada pesanan/ pengajaran/ motivasi dalam jalan cerita.
Video tersebut mestilah mengambarkan jalan cerita yang menarik dan memberi pengajaran kepada audiens yang menontonnya. Jalan cerita perlu kreatif untuk memberi kesan emosi yang mendalam kepada audiens.

4.       Kerjasama
Bagi mewujudkan video yang menarik, setiap ahli kumpulan perlu mempunyai sikap toleransi untuk menyiapkan video tersebut pada waktu yang telah ditetapkan.

BBM3410/18: Video One shot


Ciri-ciri Video One Shot:



Video One Layer

1. Gambar
    Gambar mestilah jelas dan memfokus kepada satu jenis sahaja objek (bergerak) pada waktu video     sedang diambil. Contohnya, manusia.


2. Pemilihan Lagu Melayu
    Pemilihan lagu adalah bebas dan setiap kumpulan perlu memilih lagu Melayu yang berbeza.               Contohnya, lagu Shinta Gila.


3. Pilih Seorang Penyanyi
    Video yang diambil mestilah memfokus kepada seorang penyanyi sahaja. Contohnya, mimi mulut      seorang penyanyi.

4. Video Tidak Perlu Editing
    Video yang dirakamkan mestilah tiada editing. Ini bermakna video diambil secara terus dalam            waktu kejadian. Contohnya, tiada editing setiap babak.

5. Muat naik ke Youtube
    Video yang telah siap dirakam perlu memuat naik video tersebut ke dalam laman Youtube dengan      kredit pada penyanyi asal lagu tersebut.

BBM3410/18 : Papan Cerita


Ciri-ciri Papan Cerita:

1.  Perancangan

Sebelum memulakan aktiviti, setiap kumpulan perlu merancangan pergerakan berkaitan tugasan yang diberikan oleh Prof.

Antara perkara yang perlu dilakukan:
-                                                    Pilih seorang pengarah.
-                                                   Reka bentuk papan cerita.
-                                                  Lakaran Frim

2. Draf

- Perlu menggunakan pensel.
- Perlu 10 muka surat
- Pilih satu jenis produk. Contohnya, produk gelang tangan.


3. Cara-cara pembuatan:

Muka surat satu : Gambar produk yang dipilih.
Muka surat dua : Nama Ahli kumpulan
                          :  Sidang Pengarang (ada gambar dan teks serta 200 Quotes)
                          : Jenis-jenis produk.


4. Syarat atau Peraturan

Setiap produk perlu dilukis dengan menggunakan pensel 2B dan meletakkan 200 Quotes.

BBM3410/18 : Asas Grafik


 5 Asas Grafik:

11.   Mudah
Bagi asas grafik ini, setiap gambar perlu memfokuskan kepada satu saja objek, benda atau sebagainya. Contohnya, gambar pemandangan.

22.    Keseimbangan
Gambar yang diambil mestilah mempunyai keseimbangan, iaitu dari aspek ruang kiri kanan dan atas bawah. Selain itu, memerlukan ukuran.

33.     Warna
Pemilihan warna yang menarik diperlukan bagi mewujudkan kesan emosi dan sebagainya kepada audiens yang melihat.

44.    Teks
Setiap gambar yang dipilih perlu mempunyai slogan atau tema yang bersesuaian dengan gambar yang dipaparkan. Teks tersebut mestilah berfungsi untuk menyampaikan maklumat kepada pelanggan dan setiap perkataan teks itu tersusun.
1.    
    5   Kesesuaian
Pemilihan gambar mestilah bersesuaian dengan iklan yang ditujukan. Sebagai contoh, dalam iklan kosmetik perlu memounyai latar belakang yang menunjukkan ciri-ciri.

Thursday 15 November 2018

BBM3410/18: Minggu 9 (Adobe Photoshop)





Ringkasan sikit mengenai edit adobe photoshop ni,
mula-mula memang payah sikit lah nak buat benda ni,
sebab banyak cara kena buat bagi dapatkan bentuk kalendar yang sepenuhnya

Tapi dah minggu 9 kan,
edit pun dah macam orang profesional
dalam masa 9 minggu je kalendar untuk tahun 2019 boleh siap

Tu la orang cakap
nak seribu daya bukan seribu dalih
hah tanam betul-betul kata ni dalam hati
bak kata prof biar tersemat di hati hahah


Video tu mengambarkan betapa gigihnya aku nak siapkan kalendar tahun depan
dah siap nanti ingat nak bagi kat orang
sebab kalendar tu ada gambar aku dan kata-kata hikmat yang boleh menguatkan semangat orang

yang penting kena letak gambar aku
biar lah orang nak kata aku syok sendiri
hahaha
Insyaallah
doakan aku ye kalendar ni nampak sempurna bila cetak nanti

Monday 12 November 2018

BBM3410/18: Twitter


Di Twitter,
ada sesuatu perkara yang aku retweet,
salah satunya macam kat atas ni.

Satu rakaman yang memaparkan sebuah kejayaan anak-anak kepada ibu bapa,
yee..
aku tengok video ni memang sedih,
sebab aku dapat bayangkan diri aku,
berdiri sambil memandang ibu bapa aku,
pandangan yang penuh.....hm...susah nak tulis....apatah lagi kalau cakap...


Tapi yang penting,
itu lah sebuah pandangan hadiah kepada ibu bapa,
iaitu kejayaan,

Yela, dari kecil lagi aku memang nak sambung ijazah sarjana muda
perit wei perjalanan tu
yela, aku tak pandai kot..
banyak benda kena usaha,


dan sekarang alhamdulillah,
dah tahun akhir dah pun,
sibuk berperang dengan PITA lagi..


BBM3410/18: Pembentangan 'One shot'



Lawakan aku?
hahaha


takde gurau je lah,
sebenarnya baru tadi habis pembentangan tugasan kat dalam kelas
macam biasa lah
kelas macam tengok wayang
hahaha

Jadi kumpulan aku antara yang terbaik
Alhamdulillah
Tak sia-sia kitorang redoooo

BBM3410/18: Minggu 9 'Keropok Lekor dari Terengganu'






Bertemu kembali 
setelah cuti pertengahan semester

Hari ni aku nak cite sikit
pasal kopok lekor yang Yati bawak

seriussss wei
kau makan sekali rasa nak lagi
sedap bak hang

Sebenarnya kitorang masak ni
kat asrama je
biasa lah masak secara haram
hahaha
Eleh macam korang tu baik pulak,
mesti pernah buat macam ni kan?
hahaha










BBM3410/18: Master atau kerja?



Nampakkan gambar tu?

yee.. aku daftar untuk ambil 'master' tahun depan
lepas habis 'ijazah' terus aku nak sambung 'master

waktu aku daftar ni
sebenarnya aku tak tahu apa aku tengah buat
dan aku tak tahu apa yang aku nak

Aku tak tahu mana satu aku perlu pilih
sama ada kerja atau sambung belajar

lagi-lagi aku fikir ekonomi yang tak menentu sekarang
lagi aku bertambah serabut

Tapi apa pun aku cuba daftar dulu, 
masuk tak masuk tu nanti fikir

Jadi korang...

Doakan aku ye,
buat keputusan yang terbaik.



BBM3410/18: Aktiviti masa cuti





Kan tengah cuti
jadi adik aku pun ajak lah main bowling 
adik aku dah keje
dan aku kan 'kakak' yang masih belajar lagi 
terpaksa lah adik aku belanja aku main bowling  hahaha
bukan selalukan

adik aku ni kan 
sebenarnya dia kedekut gak
tapi ada masa dia baik sangatttttt
masa dia baik ni lah aku manfaatkan
hahaha

dah habis main bowling
lepastu suruh dia belanja makan pulak
hihih
sabar yee
nanti aku dah keje aku belanja kau ehhh dik











BBM3410/18: Minggu 8 'Al Hijrah'


Nampak rentiskan prof aku?
hahaha

Bangga dengan prof, 
tak sangka prof aku ni popular,
1 Malaysia kenal...pehhhhh

Kalau nak tau gambar ni aku ambil masa tengah cuti pertengahan tahun,
aku tak tahu pun rancangan prof pada hari tersebut dan pada waktu pagi wei...

Dah nama pun cuti kan
Jadi memang aku akan bangun lewat sikit hahaha
Tapikan nasib baik pada hari rancangan prof tu aku terbangun awal
sebab ada tugasan wei,
jadi mengelabah duh pepagi buka tv 
tengok rancangan prof


dan nasib baik aku sempat,
kalau takkk
melepas~


Sunday 4 November 2018

BBM3410/18: Kuala Lumpur Kampungku

Dari kecil sampai sekarang ni je la tempat aku
Kuala Lumpur
memang aku dilahirkan dekat sini pun 
dalam Selangor lah tu

Tapi sebenarnya aku teringin nak hidup macam kawan-kawan aku yang duduk kampung
ada sawah padi dan pantai
pehhhhh seronoknya kalau ada kampung macam tu

Jadi aku pernah lah jugak berharap nak kahwin dengan orang kampung
hahahha


BBM3410/18: 'Okay'


Tangan tu simbol 'okay'
'okay' apa?
'okay' nak kelas secara dalam talian hari isnin
faham tak?
hmm..senang cite tak nak kelas lah isnin tu..hahaha sebab nak teruskan cuti hari selasa, 
selasa cuti Deepavali dan semua pelajar balik kampung..

Tangan tu aku kat depan rumah
bangun pagi terus ke luar ambil gambar ni
lepastu kena muat naik di laman 'instagram' dengan hastag "MohonKuliahIsninSecaraOnline',
maka, seramai 80 pelajar muat turun gambar macam tu...hahahaha


BBM3410/18: Tugasan 7

Kelas amali dekat makmal, macam biasa aku akan duduk depan. 
Nampak tak 'perform' kan
Tapi tu la, walaupun duduk depan tapi 'blur' jugak
hahaha

Macam biasa waktu kelas amali akan belajar 'adobe photoshop',
'adobe photoshop' ni banyak kena edit-edit,
aku tak pernah muat turun pun aplikasi ni,
jadi memang tak tahu lah nak guna macam mana bila guna aplikasi ni



tapi alhamdulillah, 
benda kalau tak belajar mana nak pandaikan..
jadi ni lah hasilnya yang tak seberapa
insyaallah boleh perbaiki lagi




BBM3410/18: Disebalik video 'one shot'

Pertama kali nak buat video ni kena cari waktu yang sama dengan ahli group, sebab jadual kuliah semua lain-lain..

Jadi, punya bincang sampai 3 pagi dekat 'whatsapp' baru dapat pukul bape nak rakam video..



Tipu :p


Takdelah sampai pukul 3 pagi bincang, cuma ketua kena ambil peranan untuk gerakkan anak-anak buah. haaha

Senang cite, kitorang berlatih malam, lepas isyak (pehhhh baik siot)
eh memang lah wajib kot.. haha


Malam tu, memang kitorang pulun berlatih,
mencurah-curah betul idea..
maklumlah 10 orang kan,
jadi 10 idea keluar..


Lepas berlatih, kitorang bincang nak rakam yang betul2 punya pada hari rabu,
dan pada hari kejadian pula.. tiba-tiba semua ahli kumpulan tak ingat 'step' tarian..
hahaha

Jadi rakam lah sampai 8 video tak silap aku,
Tak rasa penat pun,
Tapi rasa macam baru balik zumba,
Serius seronok gila wei..
'Stress' dengan PITA pun boleh hilang....
hahahaha

BBM3410/18: Muka-muka redha


Walaupun kelas multimedia tapi aku nak cite pasal subjek Terjemahan Berbantukan Komputer sebab Prof jugak yang ngajar hahahaha 

Okaylah, kelas ni memang kena masuk pada tepat waktunya, kalau kelas mula pukul 2, pukul 2 jugak kau memang dah kena ada dalam kelas. Kalau kau lewat sikit... haaa matilah kau. (Ni aku cakap kat diri sendiri) hahaha

Kelas ni 3 jam, pehhhhh.... masuk kelas ni memang tak tegur orang sebelah dah... sebab apa? hmm... malas nak cite banyak.. 

Nahhh tengoklah muka kitorang yang BARAI ni.


hahahaha.. muka-muka redha. 

Tapi masih boleh tersenyum tau..
sebab apa?
Sebab Prof bagitau, apa-apa pun tugasan yang dia bagi kena redha... 

Kau faham tak? meh aku cite, bila kau dah redha, pasti kau akan rasa seronok buat tugasan. hahahaha





BBM3410/18:Tugasan Enam 'Aku dapat 'like'














Assalamualaikum, gambar ni menunjukkan Prof dah tekan 'like' gambar-gambar aku yang tak berapa popular dekat Instagram.... 


haaa ni bukti 
bukti tau...

Bukti dalam subjek ini aku akan dapat A. hahahaha 


Takde lah gurau.

Bukti aku buat keje atau tugasan dari Prof jee.. 

Tapi minta-minta dapat A lah, haa cepat.. Ameen!




Wednesday 17 October 2018

BBN3410/18: Harga Pencuci mulut


Minggu lepas aku makan benda ni dengan rakan bilik aku seramai 4 orang di IOI City Mall Putrajaya. Mula-mula cadanganya nak makan tempat lain, tapi biasa lah perempuan haha merancang je mampu. Jadi bila lalu mana-mana kedai yang nampak sedap terus nak masuk. Sampai je terus kami oder makanan ni.. harga Rm 26.90 kot aku pun tak ingat. Tapi bila sampai bil harga jadi RM 30.00. hahaha dasar cekik darah. Nak tak nak kami pun kongsi lah duit nak bayar kan, nasib baik oder satu je nakkk... tapi makan 4 orang pun cukup ni.. 

BBN3410/18: Hari Graduasi

Pada 13/10/2018, aku telah memuat naik satu gambar dengan seorang lelaki. Kalau tengok, mungkin orang akan anggap "wow romantiknya" haha sebab aku pegang bahu dia. Jadi meh sini aku nak bagitau, orang yang kat sebelah tu sebenarnya adik aku. Saja je memuat naik gambar macam tu, sebab aku jarang sikit belanja gambar keluarga dekat laman sosial. Baiklah kawan-kawan gambar tu nanti aku upload lah kat sini. Sekarang ni dekat kelas, tengah buat terjemahan hahahaha..



BBN3410: Tugasan minggu lima

Assalamualaikum, pada minggu ni macam biasa.. buat praktikal fotografi lagi haha. Tugasan kali ini bertemakan penceritaan fotografi berdasarkan simpulan bahasa. Jadi tahu tak macam mana nak buat? tak tahu kan.. jadi meh aku cerita. Pertama sekali, setiap ahli kumpulan kena berebut pilih simpulan bahasa apa yang ahli kumpulan nak. Nak tahu berebut macam mana? kau beratur lah kat depan kelas, tapi wakil je lah.. haa mahu tak mengelabah nak lari beratur kat depan tu. Jadi sambil-sambil wakil beratur, ahli kumpulan lain kena fikir idea simpulan bahasa dan cepat-cepatlah bagitahu wakil yang tengah beratur tu. Bila dah pilih 10 simpulan bahasa, setiap kumpulan kena ambil gambar berdasarkan simpulan bahasa tu. Jadi mari kita  redha hahahaha


Wednesday 10 October 2018

BBM3410: Sesi Temuduga


Sesi temuduga aku diadakan pada jam 9 pagi. Aku kumpulan yang dipanggil masuk ke bilik temuduga. Panggilan pertama merupakan kumpulan yang ingin jadi tenaga pengajar dan aku salah seorang daripadanya. Dalam bilik tu ada tiga orang panel.. jantung aku memang dupdapdupdap lah masa ni.. dah duduk tinggal nak jawab soalan je daripada panel. Jadi soalan yang aku dapat.. "Apakah pelan pembangunan pendidikan 2015-2025". Telan air liur aku nak jawab.. nasib baik subuh tu sempat juga aku selidik mengenai pendidikan, jadi aku main jawab je berdasarkan pembacaan aku pagi tu. Soalan kedua pula, panel tanya aku "Apakah transformasi yang dilakukan dalam sepanjang pembelajaran murid-murid".. soalan kedua aku memang jawab bukan berdasarkan soalan. hahahaha


                                               Tamat sesi temuduga aku. Aku nak balik UPM !!!!!!!

BBM3410: Aku dilema


Assalamualaikum, aku nak kongsi sikit pasal aku pergi kem. Kem ni dekat Kem Bumi Jati, Shah Alam. Nama program kem ni ialah Kursus Selangkah Ke Alam Pekerjaan. Aku sebenarnya tak nak pun pergi.. sebab aku budak tahun akhir, aku sibuk dengan Projek Tahun Akhir lah, perbincangan kumpulan lah dan sebagainya lah sebagai kehidupan seorang pelajar. Tapi disebabkan program ni dibawah biasiswa aku, aku pun dengan rela hati terpaksa lah pergi. Seminggu juga aku dilema nak pergi ke tak.. aku siap dapatkan kata-kata semangat daripada kawan-kawan aku. Senang cerita, aku stress sangat bila fikir terpaksa pergi kem ni. Jadi aku pun pergi lah..
Tujuan kem ni adalah untuk melatih mahasiswa untuk merasai situasi sewaktu sesi temuduga. Walamak.. dekat Universiti aku pun ada je buat macam ni. Tapi kenapa nak kena pergi lagi?? Walaubagaimanapun, aku dah sampai kat sini.













BBM3410:Minggu keempat "Proses Fotografi"







Pada minggu kelima, setiap kumpulan telah diberi tugasan oleh Prof. untuk mengambil gambar. Setiap ahli perlu melibatkan diri dengan aktiviti ini agar tugasan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam tugasan tersebut, setiap ahli kumpulan perlu mengambil gambar yang terdiri daripada empat jenis cara yang berbeza, iaitu Flatlay, Half flatlay, Quarter flatlay dan zero flatlay. Sebelum memulakan aktiviti ini, sedikit taklimat telah diberikan oleh Prof mengenai syarat-syarat bagi melakukan sesi fotografi. Antara arahan yang diberikan ialah setiap kumpulan perlu berbincang dahulu mengenai susunan aktiviti yang perlu dilakukan. Perbincangan ini diberikan masa selama 15 minit. Sesudah itu, setiap kumpulan dibenarkan untuk keluar daripada bilik kuliah untuk mengambil gambar. Masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam setengah.



Tuesday 2 October 2018

BBM3410: Sinaran mentari di muka ku


                                                               


Pada minggu ketiga, saya dan beberapa orang ahli kumpulan telah menjalankan penggambaran di Dewan Besar UPM pada jam 12 tengahari. Setiap sudut yang diambil perlu berlatar belakangkan pandangan yang indah dan jelas. Kami merancang untuk mengambil tiga sudut, iaitu di halaman dewan, depan dewan dan di hadapan We love UPM. Sepanjang melakukan aktiviti ini kami perlu meredhakan muka kami daripada terkena sinaran matahari yang sungguh memancar pada jam 12 tengahari tersebut. Hal ini kerana kami berdiri di sana selama satu jam tanpa memakai payung. Jadi, apabila sudah kembali ke kediaman masing-masing, kami telah mendapati di wajah kami terdapat kesan belang hitam dan putih. Kami semua agak terperanjat dan terkaku dan membuatkan situasi menjadi tergamam sebentar. Situasi ini diikuti suara gelak tawa sahabat kami di bilik.

BBM3410: Minggu yang padat






                                                              


Pada minggu ketiga, saya mempunyai pelbagai aktiviti untuk dijalankan. Hal ini demikian kerana saya perlu menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan dalam kelas dan menghadiri kelas seperti yang telah ditetapkan. Tambahan pula, saya perlu menyiapkan dan memperbaiki PITA bab 1, 2, dan tiga dan hantar kepada penyelia pada minggu tersebut. Pada minggu itu juga saya dan pelajar tahun akhir lain perlu menghadiri taklimat kedua mengenai PITA pada jam 12:00 tengahari. Selain itu, tugasan lain yang perlu dilaksanakan ialah menghadiri Pesta Makanan Tradisional. Kehadiran bagi aktiviti ini adalah wajib kerana pelajar melakukan dua tugasan pada hari tersebut. Sepanjang di pesta makanan ini saya dapat melibatkan diri dengan merasa pelbagai makanan yang unik dan tradisi dalam budaya masyarakat melayu di Negara Malaysia ini.

BBM3410: Tugasan minggu ketiga




Pada minggu ketiga, kami ditugaskan untuk melakukan aktiviti penggambaran yang bertempat di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Pada hari tersebut juga telah diadakan Pesta Makanan Tradisional. Tugasan ini telah melibatkan semua ahli kumpulan. Setiap ahli perlu mengambil gambar dan menjadi model berdasarkan sudut gambar yang berbeza. Antaranya, gambar dari sudut seperti mug shot, long shot, medium shot, potrait, over the shoulder dan birds eyes view.Setiap sudut gambar ini perlu mempunyai tiga keping gambar yang berbeza dan mempunyai gambar yang menarik dan jelas. Bagi menjalankan aktiviti ini, kumpulan kami telah membahagikan kepada dua bahagian. Oleh itu, kesemua sudut dapat diambil pada hari tersebut dengan lancar.

Tuesday 25 September 2018

Minggu kedua


Pada minggu ini, kami diberikan tugasan berkumpulan untuk menyiapkan Asas Grafik. Setiap kumpulan dikehendak untul menyediakan 6 keping gambar berdasarkan majalah. Antara perkara yang perlu ada ialah keseimbangan, kesesuaian, warna, mudah, dan teks. pelajar perlu juga menyiapkan tugasan ini pada jam 2 tengahari. Berikut merupakan nama-nama ahli kumpulan kami iaitu Mawar. 


Minggu Pertama

Pada minggu pertama, kuliah telah diadakan di bilik Asyraf bertempat Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Tenaga pengajar yang mengajar subjek ini ialah Prof. Dr. Normaliza binti Rahim. Sebelum memulakan kuliah ini, Prof telah memberi sedikit taklimat tentang latar belakang subjek Multimedia dalam Bahasa Melayu. Antarnya ialah mengenai kerja individu dan kerja berkumpulan. Bagi kerja individu, pelajar dikehendaki melakukan tugasan individu berdasarkan arahan yang diberikan pada hari tersebut. Manakala bagi kerja berkumpulan pula, pelajar dikehendaki mencari ahli kumpulan seramai 10 orang. Dari segi pemarkahan pula, Tugasan individu dan tugasan berkumpulan adalah sebanyak 80% dan markah peperiksaan akhir adalah sebanyak 20%.

Selain itu, prof juga menyatakan bahawa kelas Multimedia akan diikuti dengan latihan praktikal dan kelas amali LAB di makmal kewartanan pada masa yang ditetapkan. Latihan Praktikal yang diadakan bertujuan untuk melatih pelajar lebih mahir dan dapat bekerja berkumpulan. Manakala kelas amali pula bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar mengenai teknik fotografi yang diajar oleh PA Prof. Dr. Normaliza binti Rahim.

Oleh itu, segala input yang didedahkan dapat membuatkan pelajar bersedia untuk menghadapi segala tugasan yang akan diberikan sehingga minggu 14.

Pengenalan Diri

Nama saya Nor Aiza Shafiqa Binti Yahya. Saya dikenali sebagai Aiza dan berasal dari Selangor. Saya berumur 23 tahun dan sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Putra Malaysia. Di Universiti ini saya mengambil pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu. Kini saya berada di tahun terakhir dan akan menamatkan pengajian saya pada 2019.

when i was 25 years old

Assalamualaikum, hai korang..lama betul aku tak menulis kat laman ni.. haha  ada sesiapa yang tegar baca penulisan aku tak??? Lulz, aca...