Wednesday, 10 October 2018
BBM3410:Minggu keempat "Proses Fotografi"
Pada minggu kelima, setiap kumpulan telah diberi tugasan oleh Prof. untuk mengambil gambar. Setiap ahli perlu melibatkan diri dengan aktiviti ini agar tugasan dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam tugasan tersebut, setiap ahli kumpulan perlu mengambil gambar yang terdiri daripada empat jenis cara yang berbeza, iaitu Flatlay, Half flatlay, Quarter flatlay dan zero flatlay. Sebelum memulakan aktiviti ini, sedikit taklimat telah diberikan oleh Prof mengenai syarat-syarat bagi melakukan sesi fotografi. Antara arahan yang diberikan ialah setiap kumpulan perlu berbincang dahulu mengenai susunan aktiviti yang perlu dilakukan. Perbincangan ini diberikan masa selama 15 minit. Sesudah itu, setiap kumpulan dibenarkan untuk keluar daripada bilik kuliah untuk mengambil gambar. Masa yang diperuntukkan adalah selama satu jam setengah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
when i was 25 years old
Assalamualaikum, hai korang..lama betul aku tak menulis kat laman ni.. haha ada sesiapa yang tegar baca penulisan aku tak??? Lulz, aca...
-
Minggu lepas aku makan benda ni dengan rakan bilik aku seramai 4 orang di IOI City Mall Putrajaya. Mula-mula cadanganya nak makan tempa...
-
Assalamualaikum, hai korang..lama betul aku tak menulis kat laman ni.. haha ada sesiapa yang tegar baca penulisan aku tak??? Lulz, aca...
-
Pada 13/10/2018, aku telah memuat naik satu gambar dengan seorang lelaki. Kalau tengok, mungkin orang akan anggap "wow romantiknya...
No comments:
Post a Comment