Secara terang dan jujurnya saya
ialah budak jurusan bahasa Melayu atau
nama saintifiknya Bacelor sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Berkenaan
tajuk diatas itu sebenarnya begini, terbaca satu confession seseorang yang mengatakan budak jurusan bahasa tidak
dipandang oleh masyarakat. Sedikit tertarik dalam beberapa baris ayat dia yang
membuatkan saya sedikit mendidih “lebih kesian siapa ambil jurusan bahasa
Melayu, sebab masy. akan tanya kenapa tak reti bahasa Melayu lagi ke”.
Senyum-senyum je baca ayat itu sebab diri sendiri pun penah alami persoalan
sebegitu. Lagi-lagi yang ajukan soalan kepada saya ialah orang berbangsa cina (*sewaktu kerja*).
Lama juga saya berdebat dengan dia supaya dia faham dan tidak kacau saya yang
sedang bekerja.
Berdasarkan pengalaman sendiri dan
confession yang di tulis memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai masy.
memandang enteng terhadap jurusan bahasa Melayu. Baiklah di sini saya ingin
memberi pendapat. Pertama, mungkin mereka tidak ketahui dan memahami bagaimana
proses pembelajaran di jalankan dan impak di masa hadapan. Pada peringkat
“bachelor” tahap pembelajaran kami adalah di peringkat analisis. Iaitu kami di
ajar untuk mengkaji bahasa “linguistik Melayu”. (Pengantar Linguistik am, Teori
Linguistik, Fonetik dan fonologi, semantik, tatabahasa, idiolektologi dan laras
bahasa, Rumpun bahasa dll). Ini baru secara umum kursus yang di ambil tetapi
sebenarnya saya nak kata ialah kami jurusan bahasa Melayu bukan 24 jam mengarang
karangan seperti pelajar pmr dan spm. Sila tukar persepsi anda.
Kedua, tidak tahukah anda bahawa
impak jurusan bahasa Melayu di masa hadapan? Jurusan inilah yang bakal menjadi
pendidik, bakal memartabatkan bahasa Melayu dan bangsa dsb. Ingat lah wahai
bangsa-bangsa Melayu dalam perlembagaan Malaysia di bawah perkara 152 yang
menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Selain daripada itu ialah
bahasa kedua. Seperti sedia maklum, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang
semakin dominasi di seluruh dunia. Ramai masy. pada hari ini mengangunkan
bahasa penjajah ini dan bangga menuturkannya. Tidak tahukah anda bahasa
Inggeris hanya sekadar untuk memenuhi satu keperluan dalam pembelajaran. Iaitu
secara mengetahuan dalam sesuatu bidang dan bukan secara menyeluruh. Jadi
pembentukan bahasa Melayu ini kami akan merealisasikan kepada generasi di masa
akan datang supaya mereka kenal dan bangga akan bahasa Melayu. Majulah bangsa kerana bahasanya!
No comments:
Post a Comment