Tuesday, 13 September 2016

AKU BUDAK BAHASA MELAYU



          Secara terang dan jujurnya saya ialah  budak jurusan bahasa Melayu atau nama saintifiknya Bacelor sastera (Bahasa dan Linguistik Melayu). Berkenaan tajuk diatas itu sebenarnya begini, terbaca satu confession seseorang  yang mengatakan budak jurusan bahasa tidak dipandang oleh masyarakat. Sedikit tertarik dalam beberapa baris ayat dia yang membuatkan saya sedikit mendidih “lebih kesian siapa ambil jurusan bahasa Melayu, sebab masy. akan tanya kenapa tak reti bahasa Melayu lagi ke”. Senyum-senyum je baca ayat itu sebab diri sendiri pun penah alami persoalan sebegitu. Lagi-lagi yang ajukan soalan kepada saya  ialah orang berbangsa cina (*sewaktu kerja*). Lama juga saya berdebat dengan dia supaya dia faham dan tidak kacau saya yang sedang bekerja.

            Berdasarkan pengalaman sendiri dan confession yang di tulis memang tidak dapat dinafikan bahawa ramai masy. memandang enteng terhadap jurusan bahasa Melayu. Baiklah di sini saya ingin memberi pendapat. Pertama, mungkin mereka tidak ketahui dan memahami bagaimana proses pembelajaran di jalankan dan impak di masa hadapan. Pada peringkat “bachelor” tahap pembelajaran kami adalah di peringkat analisis. Iaitu kami di ajar untuk mengkaji bahasa “linguistik Melayu”. (Pengantar Linguistik am, Teori Linguistik, Fonetik dan fonologi, semantik, tatabahasa, idiolektologi dan laras bahasa, Rumpun bahasa dll). Ini baru secara umum kursus yang di ambil tetapi sebenarnya saya nak kata ialah kami jurusan bahasa Melayu bukan 24 jam mengarang karangan seperti pelajar pmr dan spm. Sila tukar persepsi anda.


           Kedua, tidak tahukah anda bahawa impak jurusan bahasa Melayu di masa hadapan? Jurusan inilah yang bakal menjadi pendidik, bakal memartabatkan bahasa Melayu dan bangsa dsb. Ingat lah wahai bangsa-bangsa Melayu dalam perlembagaan Malaysia di bawah perkara 152 yang menyatakan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu. Selain daripada itu ialah bahasa kedua. Seperti sedia maklum, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang semakin dominasi di seluruh dunia. Ramai masy. pada hari ini mengangunkan bahasa penjajah ini dan bangga menuturkannya. Tidak tahukah anda bahasa Inggeris hanya sekadar untuk memenuhi satu keperluan dalam pembelajaran. Iaitu secara mengetahuan dalam sesuatu bidang dan bukan secara menyeluruh. Jadi pembentukan bahasa Melayu ini kami akan merealisasikan kepada generasi di masa akan datang supaya mereka kenal dan bangga akan bahasa Melayu. Majulah bangsa kerana bahasanya! 

when i was 25 years old

Assalamualaikum, hai korang..lama betul aku tak menulis kat laman ni.. haha  ada sesiapa yang tegar baca penulisan aku tak??? Lulz, aca...